Wednesday, August 3, 2011

Terfikir Seketika



hari ke-4 berpuasa, syukur alhamdulilah masih lagi mampu menjalankan ibadah puasa dengan sempurna..walaupun ada masanya aku merindui suasana sungkai semasa aku bersama keluargaku di Labuan. masa sungkai tu mesti ada kuih penyaram dan minuman ABC..maklum sajalah aku paling minat tu..setiap hari tak mis! tapi sejak aku di KL ini..aku tak dapat merasai kuih dan ABC tu sebab susahlah nak cari... apa pun, dah 3 tahun disini macam dah biasalah. kadang2 aku buatlah sendiri..walaupun tak sama rasa ..tapi sekurang2nya aku mencuba buat ikut seleraku.

hemmmm..macam enda sabar bah aku mau mulih ke labuan ...ada 3 minggu lagi bah. tapi masa puasa ni macam lambat tia..atutah pikir tah saja kan mulih..atutah lambat, jgn tah dipikirkan lagi tu..esok lusa nah mulih sudah...ada sudah dilabuan bah..banyak lagi keraja menunggu disana..kepisan tia bila sampai dilabuan. enda kiralah kepisan kah apa kah..yg penting aku sudah balik ke labuan jumpa keluarga tercinta, saudara mara dan kawan²ku dirindui....

labuan.........tunggu ko labuannnnnnnnn...aku mulih 28 ini.......i love Labuan...hehehe

Monday, July 18, 2011

Bekerja Sambil Melancong




beberapa hari yang lepas aku berpeluang menjejaki kaki ke kuching, sarawak. mcm mimpi jadi kenyataan pula..memang aku dah plan pegi sana tahun depan. tapi enda sangka kan... kerana tugasan naziran aku berpeluang ke sana selama seminggu. bestlah jua bekerja sambil melancong..hehehe. tapi aku endalah sempat mau pegi Kampung Budaya Sarawak, Muzium Sarawak dll. aku cuma sempat berjalan2 disekitar kawasan Hotel Harbour View tu..berhadapan Kuching Waterfront dan Kedai2 barangan kraftangan. selain pegi ke beberapa shopping Complex. tapi aku enda sangka pula, shopping Complexnya tu enda ramai org malah kedai2nya pun enda banyak dibuka. mcm warga sarawak enda suka bershopping ku lihat. lepas tu aku sempat jua pegi Shopping Complex The Spring Mall pun sama. mcm nada apakan dibeli bah..apa pun, yg penting aku beli Ikan Terubuk Masin dan Kek Lapis Sarawak. malah impian untuk ke sana telah tercapai..alhamdulilah. slps ni planku akan pegi ke luar negara pula. tungguuuuu...klu ada perancangan dan persediaan, insyallah akan tercapai.

Wednesday, June 15, 2011

Kereta Pertamaku



bukan nak menunjuk2 pun..tapi inilah kereta pertamaku semasa aku bekerja di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada tahun 2001.tak sangka ada kete sendiri..itupun atas bantuan bapakulah.aku cuma bayar bulanan saja..nasib baik bulanan tak mahal.time tu aku keje gaji hari saja.tapi tak kisahlah yang penting kete dah ada..memudahkan aku pegi keje dsbhnya.kete ini banyak menyimpan sejuta kenangan.walaupun family aku specially my mom asyik kutuk saja kete ini.tapi aku buat don't know saja.strengnya keras ke..sakit badan ke..aku langsung tak peduli tak ambil hati pun.sebab prinsip aku mudah je,barang pertama yang aku dapat @ beli tak mungkin dijual balik.insyallah klu jadi,kete ni akanku bawa ke KL dalam masa terdekat ini.semoga dipermudahkan urusannya nanti.

Masalah ke ni

kenapalah dengan aku ni..orang lain beli novel sebulan sekali ke, tapi aku ni tidak. bulan ini saja dah 6 buah beli. klu mcm ni...bankraplah aku. tapi aku tak dapat kawallah bila kawan2 ckp novel ini bestlah...novel tu lagi best..adui..pening aku jadinya...hubby aku pun dah bising. tapi aku ni tak dengar nasihat, bak kata orang masuk kanan keluar kiri...hehehe.

beberapa bulan ni novel2 aku terbitan Alaf21..skg dah bertukar kpd Fajar dan Prima. novel2 mrk pun boleh tahan gak..harganya mahal sikitlah. tapi bagi aku, cerita dlm tu yang penting..sebab aku ni suka sangat novel berkisahkan keluarga dan cinta2. biasalah..cinta tu kan tak boleh lari dari kehidupan walaupun aku dah kawin ni. setiap manusia memerlukan cinta. tapi jgn jadi taksub pula..cinta yang paling kekal dan abadi adalah cinta kepada Allah SWT dan Rasulnya. ingat tu..eza jr!

petang ni dah plan nak gi kedai buku lagi..ada novel yang dah memikat hatiku.harap2 novel tu masih ada.klu tak ada,nampaknya kena langganlah.

Tuesday, June 14, 2011

kisah disebalik novel "2S"

semalam aku pinjam novel Sepupuku Suamiku, memang bestlah .. teringatlah pula kisah aku dengan 2 orang sepupu sebelah mama dan bapaku. tapi perasaanku taklah sama dengan watak dalam 2S tu sebab aku memang tak menaruh perasaan pun dekat 2 orang ni...perasaaan cinta. tapi aku memang rapat dengan sepupu sebelah bapaku ni .. biarlah aku panggil "H" saja. kami seumur, sekolah bersama dan bila habis sekolah pun hubungan masih seperti biasa walaupun "H" belajar kat kelantan dan aku teruskan ke tingkatan 6. Manakala sepupu dari sebelah mamaku pula bukan rakyat malaysia. tapi tak kisahlah tapi hubungan itu tak serapat hubungan dengan "H".

dipendekkan cerita, dalam diam keluargaku cuba menjodohkan aku dengan "H" tapi cepat2aku menolak. mana mungkin sepupu dijadikan suami malah tak terfikir pun .. perasaan kita orang tak samalah. nasib baik tak didesak ... selamat juga aku. tapi kalau aku mau memang pun boleh ... hehehe..cuma perasaan cinta tak wujud lagilah. lagipun "H" pun sependapat denganku ... selamat. ingatkan jodoh2 dgn sepupu2 ni settle .. rupanya tak. sepupu sebelah mamaku pula bersuara nak jodohkan aku dengan "B". yang ni memang buat aku ketawa ... lucu sangat ... bila masa pula "B" ini sukakan kat aku .. dahlah duduk jauh, sekali sekala je turun labuan. ada hati pula nak dijodohkan dengan aku ... pelik betul perasaan ini kan ...cinta membuatkan kita lupa siapa kita sebenarnya ... adakalanya menyakitkan tapi ia juga membuatkan kita bahagia ... fulamak .. makin teror aku bermadah sejak tergila2kan novel ini.


kalau dah dengan "H" aku menolak tak mustahil pun dengan "B". langsung tak ada dalam kamus hidupku yang aku akan menerimanya ... lagipun sepupukan dah rapat ...hubungan kekeluargaan kan dah lama wujud. tak yahlah nak kawin2 dgn sepupu2 ini .. lagipun dalam islam tidak digalakkan. nasib aku memang baiklah mama dan bapaku jenis tidak memaksa lagipun bapaku pun tak suka jodoh2 dgn sepupu ini ... aku tersenyum gembira. dalam hati bolehlah cari lain ... jauh sikit...hahaha ...tapi yang buat aku terkilan dan kecewa ... "B" tidak lagi menegurku malah memandang aku pun dia tak nak setiap kali datang ke labuan. marah betul dia kat aku. sampai aku kawin pun dia tak nak datang ... tak sangka kan ..kerana cinta hubungan sepupu boleh terjejas.

apa pun, aku dengar dari mamaku yang "B" dah kawin .. syukur alhamdulilah, akhirnya "B" menemui cinta sejatinya sepertimana aku. cuma "H" masih single...aku yakin "H" dah ada cuma masa saja menentukkannya ... walaupun tak serapat dulu tapi aku masih lagi mengetahui mengenai "H".

Thursday, June 9, 2011

Hatiku

sekejap saja masa berlalu .. rupanya dah masuk 5 tahun perkahwinaanku. bila teringatkan masa lalu dimana aku mula berkawan,bercinta,bertunang seterusnya bergelar isteri semuanya jarak jauh. tapi alhamdulilah hubungan kami masih lagi utuh .. aku bersyukur kerana kami mampu melayari pelbagai dugaan dalam rumahtangga.tapi sampai saat ini kami masih lagi belum dikurniakan zuriat.hmmmm...berat sangat dugaan ini. bila mengetahui dan mendengar kawan2 mahupun saudara mara yang sudah pregnant .. dalam hati berkata .. bila pula masa aku merasainya .. adakala aku terasa diriku belum sempurna lagi. Sesungguhnya aku sentiasa berdoa semoga aku juga akan merasa nikmat sebagai seorang Ibu.

"Ya Allah! Ya Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

( Surah Ali’ Imran: 38 )

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)

Amin.

Koleksi Novel

1. Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa

2. Cinta Ini Milik Kita - Maisara Sofea

3. Nian Di Hati - Elin Nadia

4. Camar Yang Pergi - Iris Ixora

5. Seindah Memori - Ilani Mysara

6. Warna Hati - Meen Zulaikha

7. Seribu Kali Sayang - Anis Ayuni

8. Kerana Kasihmu - Muhamad Tarmizi Hussin

9. Kau Tercipta Untukku - Shahriah Abdullah

10. Masih Setia - Aisya Sofea

11. Kembali Untuk Cinta - Angela Engkuan

12. Bahagia Kasihmu - Fatin Nabila

13. Biarkan Aku Menangis - Nurhayati Ibrahim

14. Harum Cempaka - Nurhayati Ibrahim

Hobi Baru

aku tak tau bila ia berlaku tapi secara tiba2 bukan sebelum ini aku tak suka novel mahupun cerpen tapi masa itu aku tak terfikir pun. aku masih ingat lagi semasa aku masih berkawan dengan suamiku, aku pernah menghadiahkan novel Harum Cempaka kepadanya. sebab aku tahu suamiku meminati novel terutama novel Awang Ramlee Murshid, ia menjadi koleksi dalam hidupnya.

tapi sejak kebelakangan ini pula, aku banyak menghabiskan masa dengan membaca novel. tidak cukup membeli aku meminjam di perpustakaan. setiap novel mempunyai ceritanya yang tersendiri. tapi novel yang paling aku suka adalah novel Kasih Antara Kita. novel itu membuatkan hidupku merasa seronok ..seolah-olah aku boleh merasainya .. besar impaknya kepada diriku.tak sangka novel2 ini telah mengisi kesunyianku dan menghilangkan rinduku pada keluargaku yang jauh.

pada mulanya suamiku merasa hairan..pelik tengok aku asyik dengan novel2, pernah bertanya kepadaku "bila masa pula ayang ni minat novel?" aku cuma tersenyum .. dalam hati berkata..aku pun tak tau bila. yang penting aku dah jatuh cinta dengan novel. syukur alhamdulilah, suamiku membelikan aku 2 buah novel yang aku pilih masa promosi buku-buku di Mines. sekurang2nya suamiku kini sudah ada teman yang boleh bersama membaca novel...

akhirnya membawa aku kepada penulisan yang begitu puitis ...

“Aku tahu bahawa cintaku takkan pudar walaupun aku pasti aku tidak mendapat cinta darinya karena aku yakin aku mendapat cinta-Nya yang kekal abadi”

“Apa yang terbuku di hati adalah apa yang terbaik untuk kita lakukan”

Pesanan Buat Suami²

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Oleh : Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah

Tuesday, May 31, 2011

Disaat Aku Mencintaimu - Dadali

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai

Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Wednesday, May 25, 2011

Dugaan Hidup

Kadang-kadang ujian Allah SWT terasa sangat berat untuk ditanggung. Kalaulah hati dan fikiran dapat bersatu meredhakan segalanya..syukur alhamdulilah. Namun, ujian Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran. Berilah aku kekuatan untuk terus menghadapi ujian-ujian Allah SWT .....

Wednesday, April 20, 2011

" Si Kaya Yang Kurus Si Miskin Yang Gemuk ".

Kisahnya begini, dalam sebuah kampung, tingggallah seorang kaya yang tersangat kaya. Tinggal bersama isteri dan dua anak. Malangnya, kesemua ahli keluarganya kurus kering melidi dan sering sakit. Sedangkan makanannya enak-enak. Pakaiannya mahal-mahal. Kenderaannya hebat-hebat. Tinggal pula dalam rumah besar.

Tinggal berjiran dan dipisahkan pagar rumahnya dengan satu keluarga yang sangat miskin. Isterinya seorang dan anaknya lapan. Makan pakainya tidak sempurna dan tinggal di rumah kecil lagi robek. Walhal begitu, tubuh badan mereka sihat dan gemuk pula. Hairan kan.

Sekalipun tinggal berjiran, Si Kaya tadi sangat kedekut sikapnya. Tiada juadah atau barangan bantuan yang pernah sampai ke rumah Si Miskin. Kehidupan Si Miskin menimbulkan rasa hairan pada tanggapan Si Kaya. Perkara ini membangkitkan kemarahan Si Kaya dan rasa tidak puas hati lalu Si Kaya membuat aduan kepada hakim. Setelah mendengar aduan Si Kaya, hakim yang bijaksini dan bijaksana itu membuat keputusan. " Esok aku akan memanggil Si Miskin pada jam 9.00 pagi dan kamu juga wajib hadir. Aku juga ingin mendengar jawapan Si Miskin. Tidak patut aku hanya menerima aduan kamu sedangkan aku masih lagi belum mendengar apa-apa jawapan dari Si Miskin. Tuduhan kamu perlu dibuktikan. Sila bawa saksi dan bukti-buktinya esok hari ".

Keesokkan harinya, Si Kaya dan Si Miskin beserta keluarga dan saksi masing-masing datang bertemu Hakim. Lalu Si Hakim pun meminta Si Kaya menyatakan apakah pertuduhannya terhadap Si Miskin. Kata Si Kaya ; " Wahai Tuan Hakim, Si Miskin ini orang baru di kampung ini. Hidupnya merempat dan menyusahkan kami sekeluarga. Rumahnya buruk lagi robek. Sakit mata kami memandang. Dia membina rumahnya ditepi pagar rumah kami kerana mereka ingin mencuri. Keluarga Si Miskin ini mencuri Tuan Hakim. Mereka mencuri bau masakan keluarga kami. Bau masakan untuk makanan keluarga saya telahpun habis dihidu oleh keluarga Si Miskin. Sedangkan kami hanya dapat memakan isi dan kuahnya sahaja. Bau masakan kami telah tiada lagi. Sebab itu badan mereka sihat dan gemuk-gemuk. Itu sahaja Tuan Hakim ".

Mana saksi-saksi yang menyokong Si Kaya, tanya Tuan Hakim. Lalu Si Leman Mulut Busuk mengangkat tangan sambil berkata, " Tuan Hakim, saya saksinya. Setiap kali waktu makan tengah hari saya seringkali melihat Si Miskin bersama ahli keluarganya makan tengah hari di serambi rumah mereka. Hanya nasi putih berlaukkan ikan masin dan kuah sayur pucuk ubi menjadi hidangan mereka. Akan tetapi jika isteri Si Kaya menggulai ayam, maka mereka mencuri menikmati baunya terlebih dahulu sambil mereka makan tengah hari. Mereka mencuri Tuan Hakim. Si Miskin dan keluarganya mesti dihukum ".

" Ohh! begitu ", kata Tuan Hakim. " Sekarang saya mahu mendengar jawapan dan pembelaan Si Miskin pula. " Begini Tuan Hakim. Benar Tuan Hakim. Kami orang miskin tapi kami tidak sejahat sebagaimana yang disangkakan. Kami tahu kami masih baru di kampung ini. Sungguhpun begitu, tanah dan rumah yang kami miliki adalah rumah kami. Kami bekerja sendiri untuk dapatkan wang untuk membeli. Kami tahu, kami miskin tapi tuduhan begitu terlalu berat untuk kami hadapi. Sukar untuk kami menerimanya. Si Kaya jangan menyangka semua orang miskin malas bekerja sebab itu mereka miskin. Alasan itu salah. Mereka tidak boleh menuduh kami sembarangan. Ahli keluarga kami sihat-sihat dan tidak berpenyakit mungkin kerana dalaman kami bersih. Kami tidak dengkikan orang. Kami tidak membenci dan busuk hati terhadap orang lain. Kami redha dengan rezeki yang ALlah berikan kepada kami. Saya mengakuinya Tuan Hakim. Bauan masakan dari rumah Si Kaya kami sekeluarga menghidunya. Ini kerana kami ada hidung. Mana mungkin dibina pagar atas udara untuk menghalang bauan masakan dari sampai ke rumah kami. Itu sahaja Tuan Hakim ".

" Saya faham dan jelas. Begini, saya melihat dalam kes ini, Si Miskin tidak bersalah. Si Kaya sebenarnya yang bersalah. Si Kaya sepatutnya tidak busuk hati dan mudah menyangka buruk terhadap jirannya, Si Miskin. Dengan ini, saya sebagai Hakim menghukumkan bahawa Si Kaya mesti menghantar sepinggan lauk yang dimasaknya setiap hari kepada keluarga Si Miskin mengikut bilangan ahli keluarganya kerana kamu menyeksanya dengan bauan masakan lazat kamu sedangkan kamu tidak pernah menghantar ke rumahnya untuk dirasai oleh mereka. Kamu juga wahai Si Kaya, mulai hari ini, kamu hendaklah berada di masjid setiap waktu solat untuk Solat berjemaah ".

" Terima kasih Tuan Hakim. Saya menerima hukuman ini. Kini saya mulai sedar siapa saya sebenarnya. Saya banyak wang akan tetapi wang saya banyak dihabiskan untuk membeli ubat penyakit darah tinggi, kencing manis dan asma saya. Saya bertaubat Tuan Hakim. Kepada Si Miskin, saya minta maaf banyak-banyak atas segala yang telah berlaku . Maafkan saya ".

Moga ianya jadi pengajaran buat kita semua.

*petikan dari blogger Wan Mohd Noor

Kekuatanku..



Bila aku letih dan hilang semangat
Allah tahu aku telah mencuba sedaya upaya
Bila tangisku berpanjangan dan hatiku berduka
Allah telah mengira titis air matiku..

Bila aku rasa ketinggalan dan
masa meninggalkanku...
Allah tetap bersamaku
Bila aku kebuntuan akal..
Maka ALLAH adalah petunjuk jalanku...

Renung²kan...

Monday, March 7, 2011

Familyku

minggu lepas sibuk sangat² sebab parents aku datang dari Sabah. memang bestlah...hilang rindu kat mrk. lagipun aku dah lama tak makan masakan mamaku. selama seminggu dapatlah merasa masakan mamaku. hilang jua kepunanku.

tapi tak rasa seminggu tu, kini kami kembali berdua terasa sunyi..tapi tak apalah awal bulan 4 aku balik Sabah. Lagipun parentsku akan pergi umrah pada 25 Mac 2011 bersama kak aku. Alhamdulilah hajat kak dan mamaku akan kesampaian. Aku doakan semoga semuanya berjalan dengan baik dan selamat.

insyallah aku dan suami juga bakal menyusul bila tiba masanya nanti.

Sunday, January 30, 2011

Kisah Teladan

1)Jgn Lupa Nikmat Allah & Hargai pemberian org tua

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..


Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anakterkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan... dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya....

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya... sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...



2)Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

3)Tujuh perkara ganjil.

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..