Thursday, June 9, 2011

Hobi Baru

aku tak tau bila ia berlaku tapi secara tiba2 bukan sebelum ini aku tak suka novel mahupun cerpen tapi masa itu aku tak terfikir pun. aku masih ingat lagi semasa aku masih berkawan dengan suamiku, aku pernah menghadiahkan novel Harum Cempaka kepadanya. sebab aku tahu suamiku meminati novel terutama novel Awang Ramlee Murshid, ia menjadi koleksi dalam hidupnya.

tapi sejak kebelakangan ini pula, aku banyak menghabiskan masa dengan membaca novel. tidak cukup membeli aku meminjam di perpustakaan. setiap novel mempunyai ceritanya yang tersendiri. tapi novel yang paling aku suka adalah novel Kasih Antara Kita. novel itu membuatkan hidupku merasa seronok ..seolah-olah aku boleh merasainya .. besar impaknya kepada diriku.tak sangka novel2 ini telah mengisi kesunyianku dan menghilangkan rinduku pada keluargaku yang jauh.

pada mulanya suamiku merasa hairan..pelik tengok aku asyik dengan novel2, pernah bertanya kepadaku "bila masa pula ayang ni minat novel?" aku cuma tersenyum .. dalam hati berkata..aku pun tak tau bila. yang penting aku dah jatuh cinta dengan novel. syukur alhamdulilah, suamiku membelikan aku 2 buah novel yang aku pilih masa promosi buku-buku di Mines. sekurang2nya suamiku kini sudah ada teman yang boleh bersama membaca novel...

akhirnya membawa aku kepada penulisan yang begitu puitis ...

“Aku tahu bahawa cintaku takkan pudar walaupun aku pasti aku tidak mendapat cinta darinya karena aku yakin aku mendapat cinta-Nya yang kekal abadi”

“Apa yang terbuku di hati adalah apa yang terbaik untuk kita lakukan”

Pesanan Buat Suami²

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Oleh : Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah

Tuesday, May 31, 2011

Disaat Aku Mencintaimu - Dadali

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai

Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Wednesday, May 25, 2011

Dugaan Hidup

Kadang-kadang ujian Allah SWT terasa sangat berat untuk ditanggung. Kalaulah hati dan fikiran dapat bersatu meredhakan segalanya..syukur alhamdulilah. Namun, ujian Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran. Berilah aku kekuatan untuk terus menghadapi ujian-ujian Allah SWT .....

Wednesday, April 20, 2011

" Si Kaya Yang Kurus Si Miskin Yang Gemuk ".

Kisahnya begini, dalam sebuah kampung, tingggallah seorang kaya yang tersangat kaya. Tinggal bersama isteri dan dua anak. Malangnya, kesemua ahli keluarganya kurus kering melidi dan sering sakit. Sedangkan makanannya enak-enak. Pakaiannya mahal-mahal. Kenderaannya hebat-hebat. Tinggal pula dalam rumah besar.

Tinggal berjiran dan dipisahkan pagar rumahnya dengan satu keluarga yang sangat miskin. Isterinya seorang dan anaknya lapan. Makan pakainya tidak sempurna dan tinggal di rumah kecil lagi robek. Walhal begitu, tubuh badan mereka sihat dan gemuk pula. Hairan kan.

Sekalipun tinggal berjiran, Si Kaya tadi sangat kedekut sikapnya. Tiada juadah atau barangan bantuan yang pernah sampai ke rumah Si Miskin. Kehidupan Si Miskin menimbulkan rasa hairan pada tanggapan Si Kaya. Perkara ini membangkitkan kemarahan Si Kaya dan rasa tidak puas hati lalu Si Kaya membuat aduan kepada hakim. Setelah mendengar aduan Si Kaya, hakim yang bijaksini dan bijaksana itu membuat keputusan. " Esok aku akan memanggil Si Miskin pada jam 9.00 pagi dan kamu juga wajib hadir. Aku juga ingin mendengar jawapan Si Miskin. Tidak patut aku hanya menerima aduan kamu sedangkan aku masih lagi belum mendengar apa-apa jawapan dari Si Miskin. Tuduhan kamu perlu dibuktikan. Sila bawa saksi dan bukti-buktinya esok hari ".

Keesokkan harinya, Si Kaya dan Si Miskin beserta keluarga dan saksi masing-masing datang bertemu Hakim. Lalu Si Hakim pun meminta Si Kaya menyatakan apakah pertuduhannya terhadap Si Miskin. Kata Si Kaya ; " Wahai Tuan Hakim, Si Miskin ini orang baru di kampung ini. Hidupnya merempat dan menyusahkan kami sekeluarga. Rumahnya buruk lagi robek. Sakit mata kami memandang. Dia membina rumahnya ditepi pagar rumah kami kerana mereka ingin mencuri. Keluarga Si Miskin ini mencuri Tuan Hakim. Mereka mencuri bau masakan keluarga kami. Bau masakan untuk makanan keluarga saya telahpun habis dihidu oleh keluarga Si Miskin. Sedangkan kami hanya dapat memakan isi dan kuahnya sahaja. Bau masakan kami telah tiada lagi. Sebab itu badan mereka sihat dan gemuk-gemuk. Itu sahaja Tuan Hakim ".

Mana saksi-saksi yang menyokong Si Kaya, tanya Tuan Hakim. Lalu Si Leman Mulut Busuk mengangkat tangan sambil berkata, " Tuan Hakim, saya saksinya. Setiap kali waktu makan tengah hari saya seringkali melihat Si Miskin bersama ahli keluarganya makan tengah hari di serambi rumah mereka. Hanya nasi putih berlaukkan ikan masin dan kuah sayur pucuk ubi menjadi hidangan mereka. Akan tetapi jika isteri Si Kaya menggulai ayam, maka mereka mencuri menikmati baunya terlebih dahulu sambil mereka makan tengah hari. Mereka mencuri Tuan Hakim. Si Miskin dan keluarganya mesti dihukum ".

" Ohh! begitu ", kata Tuan Hakim. " Sekarang saya mahu mendengar jawapan dan pembelaan Si Miskin pula. " Begini Tuan Hakim. Benar Tuan Hakim. Kami orang miskin tapi kami tidak sejahat sebagaimana yang disangkakan. Kami tahu kami masih baru di kampung ini. Sungguhpun begitu, tanah dan rumah yang kami miliki adalah rumah kami. Kami bekerja sendiri untuk dapatkan wang untuk membeli. Kami tahu, kami miskin tapi tuduhan begitu terlalu berat untuk kami hadapi. Sukar untuk kami menerimanya. Si Kaya jangan menyangka semua orang miskin malas bekerja sebab itu mereka miskin. Alasan itu salah. Mereka tidak boleh menuduh kami sembarangan. Ahli keluarga kami sihat-sihat dan tidak berpenyakit mungkin kerana dalaman kami bersih. Kami tidak dengkikan orang. Kami tidak membenci dan busuk hati terhadap orang lain. Kami redha dengan rezeki yang ALlah berikan kepada kami. Saya mengakuinya Tuan Hakim. Bauan masakan dari rumah Si Kaya kami sekeluarga menghidunya. Ini kerana kami ada hidung. Mana mungkin dibina pagar atas udara untuk menghalang bauan masakan dari sampai ke rumah kami. Itu sahaja Tuan Hakim ".

" Saya faham dan jelas. Begini, saya melihat dalam kes ini, Si Miskin tidak bersalah. Si Kaya sebenarnya yang bersalah. Si Kaya sepatutnya tidak busuk hati dan mudah menyangka buruk terhadap jirannya, Si Miskin. Dengan ini, saya sebagai Hakim menghukumkan bahawa Si Kaya mesti menghantar sepinggan lauk yang dimasaknya setiap hari kepada keluarga Si Miskin mengikut bilangan ahli keluarganya kerana kamu menyeksanya dengan bauan masakan lazat kamu sedangkan kamu tidak pernah menghantar ke rumahnya untuk dirasai oleh mereka. Kamu juga wahai Si Kaya, mulai hari ini, kamu hendaklah berada di masjid setiap waktu solat untuk Solat berjemaah ".

" Terima kasih Tuan Hakim. Saya menerima hukuman ini. Kini saya mulai sedar siapa saya sebenarnya. Saya banyak wang akan tetapi wang saya banyak dihabiskan untuk membeli ubat penyakit darah tinggi, kencing manis dan asma saya. Saya bertaubat Tuan Hakim. Kepada Si Miskin, saya minta maaf banyak-banyak atas segala yang telah berlaku . Maafkan saya ".

Moga ianya jadi pengajaran buat kita semua.

*petikan dari blogger Wan Mohd Noor

Kekuatanku..



Bila aku letih dan hilang semangat
Allah tahu aku telah mencuba sedaya upaya
Bila tangisku berpanjangan dan hatiku berduka
Allah telah mengira titis air matiku..

Bila aku rasa ketinggalan dan
masa meninggalkanku...
Allah tetap bersamaku
Bila aku kebuntuan akal..
Maka ALLAH adalah petunjuk jalanku...

Renung²kan...