Tuesday, November 10, 2009

Pengalaman Bekerja


Sebelum aku bekerja di JPA Putrajaya, aku pernah bekerja di UMSKAL bermula 2.5.2001 sehingga 30.9.2008 lebih kurang lapan tahun menabur bakti di UMSKAL. Selama 8 tahun tu juga aku banyak menimba pengalaman dan pembelajaran bagi memantapkan tugas seharian aku. 5 tahun berkhidmat di Bahagian Kewangan sebelum dipindahkan di Bahagian Pentadbiran. Pegawai² serta rakan sekerja banyak membantu dan hubungan kami ibarat sebuah keluarga.

Walaupun kini aku telah bertukar dan berkhidmat di JPA, Putrajaya tapi kenangan dan pengalaman yang ada semasa berkhidmat di UMSKAL tetap diteruskan. mana yang boleh digunakan aku pratikalkan demi kebaikan aku sendiri. Tapi aku bersyukur dan berterima kasih kepada Pegawai² dan rakan² sekerja di sektor aku ini kerana mereka cukup baik dan menerima aku seadanya walaupun kami sering tak faham. maklumlah bahasa labuan kan bercampur²..lebih² lagi aku ini belum pandai bercakap semenanjung.

Apa pun, setelah setahun tinggal disini aku dah pandai menyesuaikan diri malah aku rasa perubahan ini tidak akan menghanyutkan hidupku. Malah suamiku juga orang yang paling penting dalam hidupku selain keluarga yang sentiasa aku ingati. Walau dimana jua aku berada, W.P.Labuan tetap dihati dan aku bangga menjadi anak jati Labuan.

No comments:

Post a Comment