Tuesday, November 10, 2009

Berehat Seketika

KEMIK
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di
keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya
seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop
tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan
Chot... Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya
akan kelihatan seperti sediakala..

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat
lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chot
menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah
mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu
keretanya akan kembung semula..

Chet menggeleng-gelengka n kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin
tingkap kereta ni dulu!"

********************************************************************************************

BUKU TEPON

Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja
pendaftaran..
"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.
" Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.
"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh
mendukacitakan! " kata Chot.
"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.
"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa
yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata, "Ahh.... jadi, encik ni la yang ambil buku
panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

********************************************************************************************

MASA

Chot : "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet : "3:15 petang."
Chot : (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak
menipu dengan aku ari nih?"
Chet : "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Chot : "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak
la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan
yang sama..."

********************************************************************************************

GAMBAR

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan
rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen
supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.


Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba... Chot
naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk
berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di
kedai tadi.


Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu
jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya
itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang
penumpang, Chot berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak
pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."

********************************************************************************************


kisah org kuruskan badan

Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk
menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,
Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk
versi 'Cepat'.

"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan
badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru
bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya.
Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik,
body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian
sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi
berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat a! aaaapa saja dgn
saya..... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi
pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi
sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia
sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun
3kg. "Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan
badan", katanya sendirian..

Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.


Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try
versi 'Cepat'. "OK...

Encik sila masuk ke bilik NO... 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki
penjaga kaunter. Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa
seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya.
Body-builder itu berkata,

"Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat... . hehehe"

********************************************************************************************

Baik Punyer Alasann..

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari
nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi
tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal
sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang
mintak balik awal..

Pekerja 1 : As'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat
rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi
banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak?
Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: As'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya
meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer pulang
awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..

Pekerja 4: As'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah....Kesian awak dah seminggu
nunggu!!!
Pekerja 4 : Tima kacih Boss!!!Heee...hee

********************************************************************************************

Kondom hitam

Jayman (bukan nama sebenar) dan isterinya baru saja kawen dan
merancang tak mau dapat anak dlm masa terdekat ni. jadik jayman
ambik keputusan untuk beli kondom. sampai di kedai cuma kondom
warna hitam dan belang2 saja yang murah. kondom warna putih mahal
dan jayman tak bawak cukup duit untuk belinya. jadik jayman beli
kondom hitam.

Lepas setahun rupanya kondom yg jayman beli tu bocor dan isterinya
melahirkan seorang anak. sayangnya anak yg dilahirkan agak gelap
kulitnya. isterinya sedih pasal anak mereka hitam.

Jayman: Nasib baik saye beli kondom hitam dulu, yang! kalo saye
beli yg belang2 ntah camana rupa anak kita nih!

********************************************************************************************

Serah Pada Yg Atas

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun.
Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada
sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin.
Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai
gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu,
sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil
nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua
ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang
sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku
kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"

********************************************************************************************

Makcik yang Mai dari Kampung

Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali
pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan
orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut
membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in'
di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang
pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah.

Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan
ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling.
Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk
di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil,
tak
ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei
jangan nak tipu orang la" Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut
kononnya untuk menutup malu pada Bibah.

Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini baru lif..."

********************************************************************************************

3x CURANG

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan
romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang
nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah
dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita
tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik
bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya.
Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn
abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu
berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn
abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan
memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu
Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang
ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa
tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas
oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung
cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa
pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah
bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria
kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, "
Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak
pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami..
"Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar
tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa
pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan
maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana
sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan
Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat
tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248
undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak..

********************************************************************************************

Daging Yang Boleh Berenang Dan Terbang

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia
berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan
daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran
dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang".

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim
agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan
kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya.
Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya
mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan
kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di
mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada
di dalam air melatih kambing berenang!!!

SAPE HEBAT

Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI

Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU

Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT

Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU

Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

No comments:

Post a Comment