Tuesday, September 28, 2010

Makanan Popular



kalau ke labuan @ sabah jangan lupa membeli ambuyat dan merasanya..sedap sangat ditambah lagi dengan cicah buah belunu dan bambangan. pasti mau lagi bah.

Pendidikan

Disinilah aku mendapat pendidikan,terima kasih atas tunjur ajar cikgu semuanya.

SK Pekan Satu (1986-1991)


SMK Labuan (1992-1998)

Buah²an Tempatan Labuan


Tarap - paling disukai


Tampoi


Belunu


Bambangan

Monday, September 27, 2010

HM yang memenatkan..

setiap hujung minggu mesti ada jemputan rumah terbuka,walaupun penat tapi seronok berpeluang berjumpa kawan².maklumlah setahun sekali saja merayakannya. minggu ini pula aku dan suami bercadang ke Sendayan,Nilai dan Kuala Pilah (rumah abang² iparku). tapi hari ahad pula Blok B (kawasan rumahku) akan mengadakan majlis sambutan raya,objektifnya mengeratkan lagi silaturahim sesama jiran disamping saling kenal mengenali antara satu dengan lain. maklumlah penyewa sentiasa pergi dan datang.

Thursday, September 23, 2010

Kawan Sekerja (Wanita) TT 2010


kawan² sekerja termasuk pegawai² wanita Sektor Tatatertib iaitu Cik Shahida, Cik Siti Noriyah, Pn. Idatul, Pn. Emma, Cik Nisha, Pn. Zarith (eza), Cik Anis, Pn. Ernie, CC Marziah dan Pn. Yana.

Ceramah Puspanita 3.9.2010



Ceramah anjuran Puspanita JPA tapi tajuknya aku dah lupalah..tapi memang best.tak ngantuk pun..pandai berjenaka..sambil tu mengingati kita akan kebesaran Al-Quran dalam kehidupan kita seharian. Aku sangat meminatinya sehingga sanggup menunggu lama untuk bergambar. Akhirnya dapat juga bersalam,berpeluk dan bergambar...aku doakan semoga Ustazah Ani Mansor terus berjaya dan berjaya.

3 sekawan 20.9.2010

walaupun dah seminggu lebih raya berlalu,tapi ada 2 sahabat lagi yang belum datang ke rumah saya iaitu Linda dan Shakila. saya mengenali mereka semenjak saya ditempatkan di Sektor Tatatertib pada 9.10.2008 sehinggalah sekarang mereka bukan saja sahabat saya tapi saya dah anggap sebagai adik² saya. Akhirnya pada 20.9.2010, mereka telah datang ke rumah saya selepas waktu bekerja. Kerana baru balik kerja saya cuma sempat masakkan mereka mee hoon goreng dan ayam goreng, sedikit epal untuk pencuci mulut. kira oklah yee sahabatku??? yang penting mereka dah datang umah akak mrk ini...sempat lagi bergambar.


*kasihan tengah lapar ini,maklumlah baru balik kerja..*


*kila,eza & linda*

Rumah Terbuka 16.9.2010

sempena cuti Hari Malaysia dan sambutan hari raya, saya telah berbesar hati mengadakan rumah terbuka untuk kawan² saya di Sektor Tatatertib, jiran tetangga dan tidak dilupakan kawan² suami saya. Rumah terbuka bermula pukul 1.00 sehinggalah lewat malam. walaupun pertama kali memasak tapi berjayalah juga dengan bantuan suami serta tunjur ajar daripada kak ipar saya. kira berbaloilah tido lewat dan bangun awal bila ramai kawan² datang menikmati makanan kita sehingga habis, tak ada pembaziran. kata orang cukup². alhamdulilah,semuanya dah selesai.

-Menu Mee Kari & Ayam Goreng-

-Lodeh,Nasi Himpit,Kuah Kacang-

Raya 2010

Hari Raya Pertama 10.9.2010

-eza & suami tercinta-

-eza,suami dan mentua-

-eza dengan keluarga sebelah suami-